Katanya, tiada penyelesaian pantas terhadap masalah yang dikenal pasti oleh CEP dan banyak cabaran menunggu di hadapan

Daim hari ini mengumumkan bahawa CEP sudah melengkapkan mandatnya dan laporan mengandungi cadangan oleh majlis berkenaan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed sekembalinya beliau dari China. 

Tiga elemen utama membentuk cadangan oleh majlis berkenaan dan ia berkisar di sekitar keperluan untuk memperbaiki tadbir urus, kesejahteraan rakyat dan keperluan untuk memastikan ekonomi adalah inklusif dan mampan, kata Daim pada sidang akhbar di sini hari ini selepas melengkapkan mandat 100 hari majlis berkenaan pada Ahad.

CEP ditubuhkan oleh Perdana Menteri pada 12 Mei dengan objektif memberikan Mahathir nasihat terhadap perkara membabitkan sosio-ekonomi dan kewangan. - Bernama