Dalam kejadian pada pukul 4.21 pagi, perbuatan dua lelaki berkenaan dirakam rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum videonya mulai tular sejak semalam.

Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim Kelar, Zakaria Sulaiman berkata, ini bukan kali pertama rumah Allah itu berdepan dengan masalah kecurian.

“Kecurian sebelum ini hanya melibatkan wang dari tabung masjid. Namun kali ini, harta benda masjid pula menjadi mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rakaman CCTV itu menunjukkan dua lelaki telah menceroboh masuk ke dalam masjid sebelum mencuri.

Kedua-dua lelaki itu bertindak biadap mencemarkan kesucian rumah ibadah tersebut dengan masuk tanpa menanggalkan kasut.

Gelagat dua lelaki yang menutup muka dan salah seorang daripada mereka memakai kopiah 
berjaya dirakam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, polis sedang berusaha mengesan kedua-dua suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

“Kita akan terus mempertingkatkan lagi rondaan bagi mengelakkan kejadian ini daripada terus berulang pada masa hadapan,” katanya. - K! ONLINE