Menteri Besarnya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya sentiasa mengambil pendekatan terbuka terhadap sebarang cadangan atau usaha SPRM dalam menangani isu integriti termasuk melibatkan pentadbiran negeri.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd. Jamil berkata, berdasarkan undang-undang baharu itu mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan penjara atau denda.

"Berkaitan perkara ini, kita akan tunggu maklum balas daripada SPRM berhubung dengan kerajaan negeri. Untuk makluman semua wakil rakyat kita telahpun melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada Februari lalu sebagai komitmen untuk mencegah gejala rasuah.

"Bagaimanapun, kita akan ambil langkah yang sesuai dan bertepatan bagi menyokong pelaksanaan peruntukan khusus dalam Akta SPRM 2019 yang dijangka direalisasikan hujung tahun ini," katanya pada pemberita selepas menghadiri Terengganu Inc. Group Corporate Directors Programme di sini hari ini. - Bernama