Pengarah Perikanan negeri, Zawawi Ali berkata, cadangan itu merupakan antara inisiatif yang mungkin diambil pihaknya bagi merangsang kehadiran semula penyu belimbing yang menjadi ikon Terengganu tersebut kembali mendarat untuk bertelur di negeri ini.

"Kita bercadang untuk membawa masuk telur penyu belimbing dari Papua New Guinea yang masih mencatatkan pendaratan tinggi haiwan reptilia berkenaan untuk bertelur.

"Kali terakhir penyu belimbing yang menjadi ikon Terengganu mendarat di pantai negeri ini pula ialah pada tahun 2017," katanya selepas merasmikan program pelepasan lebih 1,684 ekor anak penyu agar di pantai Paka  dekat sini semalam.

Zawawi berkata, cadangan untuk membawa masuk telur penyu belimbing dari Papua New Guinea itu masih belum muktamad kerana ia perlu mengambil kira pandangan pakar termasuk saintis alam sekitar.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, satu seminar khas bagi membincangkan cadangan tersebut akan diadakan pada Oktober depan. - K! ONLINE