Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Dungun, Ramlan Ros Wahib berkata, sebuah PPS telah dibuka di Surau Kampung Besol Lama pada pukul 2.45 petang berikutan beberapa buah rumah di sekitar kawasan tersebut mula ditenggelami banjir. 

Menurutnya, seramai 17 penduduk daripada enam buah keluarga kini ditempatkan di PPS berkenaan. 

“Empat lelaki, lapan wanita serta dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan terpaksa berlindung di PPS itu selepas kediaman mereka mula dimasuki air. 

“Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan air naik mendadak di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo hari ini. - K! ONLINE