Acara dimulakan dengan takbir raya dan kemudiannya disusuli sembahyang sunat dan khutbah khas Aidiladha yang dipimpin oleh Mejar Suhaimi Mohamed Saman.

Program kemudiamnya diteruskan lagi dengan simbolik penyerahan pisau sembelih oleh Ketua Staf Am Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, Brigadier Jeneral Datuk Kamarol Fauzi Mohd. Said kepada ketua kumpulan penyembelihan. 

Pada tahun ini, lapan ekor lembu dikorbankan dan sebanyak 300 bungkus diagih kepada warga tentera darat dan jemaah yang hadir pada majlis tersebut.

Turut hadir ialah Ketua Staf Markas 1 Divisyen Kolonel Isa Daud serta para pegawai dan Ahli Bakat di bawah Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat. - K! ONLINE