Latihan Eks Harimau Shakti II Siri 2/2018 itu berlangsung bermula 29 April lalu hingga 14 Mei ini bertempat di Hutan Rizab Hulu Langat, Selangor.

Panglima 12 Briged Infantri, Brigadier Jeneral Abd. Malik Jiran berkata, latihan medan itu melibatkan operasi dan taktikal pertempuran hutan melibatkan pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) serta 4 Grenadiers IA.

“Latihan ini bertujuan menguji kemahiran dan pengalaman tentang operasi hutan bagi kedua-dua pasukan.

“Ini merupakan siri kedua latihan medan melibatkan TD dan IA sekali gus mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara,” ujarnya selepas merasmikan majlis pembukaan latihan berkenaan di Kem Wardieburn di sini hari ini.

Simbolik perasmian latihan melibatkan pemakaian tandan lengan oleh Abd. Malik kepada Pegawai Memerintah 1 RRD, Leftenan Kolonel Irwan Ibrahim dan Pegawai Memerintah 4 Grenadiers IA, Kolonel Soundaram Nagaladi Karthikeyan. - K! ONLINE