Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata, buat masa ini, pihaknya sedang membuat percubaan pemanduan terhadap helikopter buatan syarikat McDonnell Douglas itu.

"Jika mengikut perancangan ia (akan diperoleh) awal tahun depan, perolehan aset ini mengikut perancangan dan kita berpuas hati. Buat masa ini, Tentera Darat masih dapat laksanakan tugas menggunakan aset sedia ada," katanya.

Ahmad Hasbullah berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Perbarisan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-27 di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

Sebelum ini, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan berkata, Tentera Darat bakal menerima perolehan aset baharu antaranya enam helikopter tempur ringan jenis MD 530-G menerusi Bajet 2018. - Bernama