Wakil negara terdiri daripada Shalin Zulkifli, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Sin Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Natasha Roslan menewaskan pasukan Singapura  214-209, 188-177 pada final di South Point Bowling Center.

Terdahulu mereka menang 198-207, 248-168, 182-181 menentang Colombia di separuh akhir.

Kejayaan itu adalah kejuaraan kali ketiga selepas pasukan negara memenanginya pada tahun 2003 di Kuala Lumpur dan di Monterrey, Mexico pada 2007. - Bernama