Baginda tiba di Sekolah Kebangsaan Seri Terentang di sini pada pukul 10 pagi tadi untuk menyemak saluran mengundi.

Selepas membuat semakan di kaunter petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tunku Azizah seterusnya beratur bersama pengundi-pengundi lain untuk menunggu giliran menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.

Isteri Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah itu selesai mengundi kira-kira 20 minit kemudian.

Baginda yang terkenal dengan sikap ramah seterusnya bermesra dengan pengundi yang sebelum meninggalkan pusat pengundian. - K! ONLINE