Adinda kepada Tengku Abdullah, Datuk Seri Sulaiman Sultan Abu Bakar berkata, kekandanya meninggal dunia kira-kira 11.30 pagi ini.

"Beliau dibawa pulang ke Pekan untuk disemadikan di Makam Diraja Pekan petang ini," katanya yang dihubungi Bernama di sini.

Tengku Arif Bendahara adalah bapa mertua kepada mantan Menteri Pertahanan, Datuk Seri  Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau meninggalkan seorang isteri Puan Sri Habibah Yusof dan tiga anak iaitu Tengku Marsilla, Tengku Bakar dan Tengku Shaheera. - Bernama