Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, tender itu akan ditutup pada 4 April depan.

“Kami dalam proses menangani perkara ini. (Bagi) Mereka yang mahu terbabit dalam tender ini, kita pada tahap pratender.

“Kita akan melakukan perkara ini dalam rangka kerja dan SOP (Prosedur Operasi Standard) yang sudah ditetapkan bagi mana-mana pembangunan fasiliti di negara kita,” katanya pada sidang media Penubuhan Majlis Penasihat Kesihatan, di sini hari ini.

Sabtu lalu, media melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bertitah wujud keperluan untuk membina sebuah hospital kerajaan di kawasan Pasir Gudang, susulan insiden pencemaran sisa kimia, dan berharap kerajaan menyegerakan pembinaannya. - Bernama