Mohd. Hafizul Husna Samad, 26, berkata, tempoh masa terlalu singkat itu dianggap sebagai satu anugerah daripada Tuhan walaupun dia memperisterikan pasa­ngan yang berumur lebih tua daripadanya iaitu Nur’Ain Alang, 30.

Katanya, dia percaya bahawa pertemuan semasa kuliah agama yang diadakan di Surau An-Namira itu mempunyai rahmat tersendiri kepada mereka berdua.

“Saya sendiri tidak percaya bahawa akan menikahi Nur’Ain pada malam ini (tadi) memandang­kan tempoh perkenalan kami terlalu singkat.

“Namun, saya bersyukur perjalanan cinta kami telah dipermudahkan oleh Allah termasuk bantuan daripada ahli kariah surau yang mengumpul wang sehingga RM12,000 bagi membantu persiapan perkahwinan kami,” katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.