Majistret Afiq Agoes membuat keputusan itu selepas menerima permohonan lanjutan reman daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan salah laku rasuah melibatkan tiga suspek terbabit.

Kesemua suspek yang berusia antara 40-an hingga 50-an itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana memberi sogokan kepada penjawat awam.

Mereka disiasat kerana dipercayai memberi rasuah kepada penjawat awam melibatkan penyelenggaraan kapal yang berlabuh di Pelabuhan Sabah antara tahun 2016 hingga 2018.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Faliq Basiruddin.

Mahkamah menetapkan tempoh reman selama lima hari terhadap tertuduh bermula esok.

Sementara itu, mahkamah turut membenarkan lanjutan reman SPRM terhadap seorang lagi suspek pengarah kontraktor bagi membantu siasatan kes yang sama sehingga Ahad ini semalam.

Mahkamah menetapkan keputusan itu selepas tempoh reman terhadap suspek tamat semalam. - K! ONLINE