Pengarah KPDNKK negeri, Khairul Anuar Bachok berkata, operasi itu dijalankan pada pukul 12.45 tengah hari selepas membuat intipan selama seminggu ke atas premis terbabit.

"Serbuan itu dijalankan selepas KPDNKK menerima aduan daripada pemilik iaitu pengadu Global Trade Shield bahawa premis terbabit menjalankan perniagaan menjual tudung jenama Siti Khadijah disyaki tiruan melalui online.

"Kita berjaya merampas 422 unit telekung bernilai RM37,980 yang diletakkan di dalam premis terbabit yang dijadikan stor simpanan sebelum diedarkan kepada pelanggan," katanya pada sidang akhbar di Stor Simpanan KPDNKK Senai di sini hari ini.

Khairul Anuar berkata, ketika serbuan, seorang pekerja warganegara Libya berusia 33 tahun ditahan namun dilepaskan selepas keterangan diambil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011. - K! ONLINE