Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata, saranan itu dibuat bagi memastikan sasaran 98 peratus kawasan berpenduduk di Malaysia memperoleh purata kelajuan jalur lebar sehingga 30Mbps menjelang tahun 2023.

"Bagi memastikan saranan ini berjaya ia juga memerlukan kerjasama semua pihak berkepentingan termasuk pemilik tanah, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

“Ia melibatkan perancangan teratur di peringkat kampung, daerah dan negeri bagi memastikan liputan perkhidmatan jalur lebar dapat diberikan kepada masyarakat secara keseluruhan,” katanya ketika sesi soalan lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Fahariyah Md Nordin yang ingin tahu adakah kementerian akan menjajarkan semula Pelan Gentian Optik di luar bandar agar jalur lebar di luar bandar mencapai kelajuan 30 Mbps. - K! ONLINE