Tertuduh, Lam Ngoan, 42, hanya memandang sekeliling sebaik sahaja pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali, tiada pengakuan direkodkan.

Tertuduh didakwa menawarkan suapan itu kepada Leftenan Komander Maritim Mahadi Ismail, beralamat di Kampung Mak Chili Paya, Chukai, Terengganu, anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia DM8 Kuantan, Pahang di lokasi berkedudukan lebih kurang 100 batu nautika dari Kuantan di Perairan Negeri Pahang, pada kira-kira pukul 9.50 pagi.

Ngoan menawarkan suapan itu sebagai dorongan untuk tidak melakukan perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipalnya iaitu tidak mengambil tindakan menahannya.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd. Zamry memohon tarikh sebutan memandangkan tertuduh tidak faham Bahasa Malaysia.

Dazuki kemudian menetapkan tarikh 26 Jun depan untuk sebutan semula kes. - Bernama