Tertuduh, Le Van Do, 38, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Vietnam oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Rofiah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut kertas pertuduhan, Van Do didakwa memberi suapan berupa wang tunai RM10,000 kepada Kapten Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik yang bertugas di kapal KM Pekan, APMM Negeri Pahang kira-kira pukul 10 pagi pada 11 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut sebagai dorongan untuk melepaskan bot nelayan bernombor pendaftaran KG 94975 TS yang ditahan kerana melakukan kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985 di dalam Zon Maritim Malaysia.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan. - K! ONLINE