Mentor pelaburan saham, Mohd. Asri Ahmad berkata, AI merupakan kaedah yang perlu digunakan oleh para pelabur kerana ia membantu membuat keputusan yang pantas dan tepat.

Katanya, para pelabur dan pedagang tempatan disaran menggunakan teknologi terkini bagi membantu mereka melabur.

“Kita sering terdedah dengan faktor emosi yang menjadi gangguan ketika membuat keuntungan maksima namun teknologi AI dan algoritma dapat membantu pelabur dalam membuat keputusan dengan lebih cepat, mudah dan tepat,” katanya ketika berucap dalam Seminar Berani melabur AI di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini baru-baru ini.

Selain Mohd. Asri, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar turut memberikan ucapan pada seminar yang dihadiri lebih 1,000 peserta itu.

Sebahagian peserta yang hadir pada Seminar Berani melabur AI di Pusat Konvensyen Shah Alam anjuran A
Sebahagian peserta yang hadir pada Seminar Berani melabur AI di Pusat Konvensyen Shah Alam anjuran Asri Ahmad Academy baru-baru ini.

Mohd. Asri yang juga merupakan pengasas Asri Ahmad Academy Sdn. Bhd. memberitahu, teknologi AI itu merupakan yang pertama digunakan dalam jual beli saham.

Pada seminar itu, Mohd. Asri telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan MyFinB (M) Sdn. Bhd. dan SpeedSaham.com dalam bidang Pusat Kecemerlangan Inovasi AI dan aplikasi saringan saham berasaskan web yang menggunakan algoritma.

“Ia bagi mengenal pasti saham yang berpotensi untuk tempoh jangka masa pendek, sederhana dan panjang,” katanya. - K! ONLINE