Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, kehadiran reptilia berbisa itu disedari pengawal keselamatan sekolah berkenaan.

Beliau berkata, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub di sini ditugaskan menangkap ular seberat kira-kira lima kilogram tersebut.

"Ular itu dijumpai bersembunyi di belakang bangunan kantin SMK Tengku Kudin. Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap tedung selar itu.

"Selepas ditangkap, ular itu dilepaskan semula ke kawasan hutan yang selamat dan jauh dari penempatan manusia," ujar beliau melalui kenyataan malam ini. - K! ONLINE

ular
Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular tersebut.