Pengarah dan penggiat muzik tradisional tersohor tanah air, Che Mat Jusoh sekali lagi menjadi tonggak utama pementasan dengan menampilkan Rosnan Rahman yang tidak asing lagi dengan watak Pak Yong sebagai Raja Besar dan penampilan khas pelakon terkenal Arja Lee.

Tambah menarik, Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar) USM, Prof. Datuk Dr. Adnan Hussein tidak ketinggalan turut serta memegang watak Pendita Budiman.

Penganjuran kali kedua yang mendapat kunjungan hampir 1,500 penonton merupakan hasil kerjasama Dewan Budaya, Pusat Pengajian Seni USM, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USM. - K! ONLINE