Serbuan yang dilakukan polis dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor itu turut mendedahkan sindiket berkenaan menyediakan bilik mewah dengan suasana agak eksklusif bagi lelaki berhidung belang melempiaskan nafsu di tingkat tiga premis berkenaan. 
 
Ketua Operasi, Asisten Superintendan Rozam Effandy Raslee berkata, dalam serbuan itu seramai lapan wanita warga Vietnam berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun yang dipercayai bekerja sebagai tukang urut ditahan.

Turut ditahan dua lelaki tempatan yang merupakan pekerja dan seorang lelaki warga Bangladesh.

Katanya, hasil siasatan mendapati sindiket itu sudah beroperasi sejak tiga bulan lalu serta menawarkan khidmat seks dengan harga RM160 sehingga RM550.

“Tawaran untuk mendapatkan perkhidmatan seks itu dibuat menerusi aplikasi Wechat. Selain itu bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan, premis tidak berlesen ini hanya membenarkan pelanggan tetap sahaja masuk serta dilengkapi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

“Dalam serbuan itu, kita juga merampas 58 keping kondom, tuala, tisu basah, minyak urut serta pil perangsang yang dipercayai untuk kegiatan pelacuran,” katanya sebaik selesai operasi semalam. 

Tambahnya, kesemua tangkapan dibawa ke balai polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat- Tempat Hiburan Selangor 1995. - K! ONLINE