Eksekutif Pengurusan Jenama Kosmo!, Hazwan Hairul (gambar) berkata, kuiz tersebut diadakan bermatlamat memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2019 yang berlangsung semalam serta Hari Malaysia yang bakal disambut menjelang 16 September ini.

Menurutnya, kuiz tersebut terbahagi kepada kate­gori sekolah menengah dan kategori umum.

“Kategori sekolah menengah terbuka kepada pelajar sekolah menengah dari Tingkatan 1 hingga 5.

“Kategori ini menyediakan ha­diah tempat pertama berupa unit amanah bernilai RM5,000, tempat kedua RM3,000 dan tempat ketiga RM2,500.

“Pemenang tempat ke-4 hingga 10 berpeluang memenangi hadiah unit amanah RM1,000, manakala pemenang tempat ke-11 hingga 30 masing-masing layak menang unit amanah RM500.

Selain itu, Hazwan berkata, kategori sekolah menengah turut menawarkan hadiah khusus buat sekolah berdasarkan penyer­taan tertinggi.

“Pemenang tempat pertama akan memenangi hadiah berupa barangan elektrik bernilai RM5,000, tempat ke­dua RM4,000 dan tempat ketiga RM3,000.

“Seterusnya pemenang tempat keempat hingga sepuluh masing-ma­sing akan menerima barangan elektrik bernilai RM2,000,” jelasnya yang memberitahu, jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan bagi kategori sekolah menengah mencecah RM53,000.

Kuiz bagi kategori sekolah menengah tersebut juga berlangsung selama dua minggu dari 4 hingga 13 September ini.

Sementara itu, bagi kategori umum menawarkan hadiah ke­seluruhan bernilai RM85,000 dengan ha­diah pertama berupa unit ama­nah RM7,000, kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000.

“Bagi pemenang tempat keempat hingga 18 pula masing-masing akan menerima unit amanah bernilai RM2,000, manakala pemenang tempat ke-19 hingga 43 masing-masing berpeluang menang unit ama­nah RM1,000.

“Seterusnya, pe­me­nang tempat ke-44 hingga 73 masing-masing la­yak memenangi unit amanah berjumlah RM500,” katanya yang memberitahu, kategori umum itu terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Tambah Hazwan, orang ramai boleh menyertai kuiz bagi kategori umum ini berlangsung selama dua minggu dari 9 hingga 18 September ini.

Menyentuh tentang cara penyertaan ujarnya, peserta kuiz hanya perlu menjawab empat soalan bagi setiap kategori.

“Soalan yang sama akan diterbitkan untuk tempoh empat hari berturut-turut dalam akhbar Kosmo! bagi pembaca di Semenanjung Malaysia.

“Terdapat artikel berbeza akan diterbitkan untuk tempoh empat hari berkenaan yang mengandungi jawapan untuk setiap soalan yang akan diterbitkan,” jelasnya.

Menurut Hazwan, kaedah penyertaan memerlukan peserta menjawab soalan dan menghantar keratan jawapan kepada Kos­mo! selaku penganjur bersama dalam tempoh ditetapkan.

“Bagi mendapatkan klu untuk jawapan kuiz tersebut, peserta boleh merujuk kepada video dan artikel yang diterbitkan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) di laman web ASNB.

“Bahan rujukan lain termasuklah E-seminar Pelaburan 360 Hari di YouTube ASNB, media sosial ASNB dan instagram Kos­mo! online,” ujarnya.

Kuiz ini terbuka kepada warga Malaysia kecuali kakitangan Kumpulan PNB dan Kumpulan Utusan.

Terma dan Syarat Kuiz Pelaburan PNB.
Terma dan Syarat Pelaburan PNB