Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, seramai tujuh pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari orang awam pada pukul 9.10 pagi.

“Sebaik tiba kira-kira 10 minit kemudian, taska yang berada di dalam kem berkenaan sedang marak di jilat api.

“Bagaimanapun, kebakaran yang memusnahkan kira-kira 80 peratus dari struktur bangunan terbabit berjaya dipadam dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, punca kebakaran masih dalam siasatan dan anggota dari bahagian penyiasatan kebakaran telah berada di lokasi kejadian. - K! ONLINE