Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Anuar Mhd Juri berkata, pertandingan kali ini bertemakan Jom Pancing Rakyat Ceria Komuniti Sejahtera.

 “Menariknya kali ini hadiah turut dirombak bagi memenuhi kehendak kaki pancing yang mana pemenang tempat ke-11 hingga 100 akan membawa pulang RM100.

 “Juara pertandingan ini akan membawa pulang RM5,000 diikuti RM2,000 untuk naib juara dan pemenang ketiga bakal memperoleh RM1,000,” katanya.

Beliau memberitahu, pemenang tempat keempat akan menerima RM300; kelima hingga ke-10 (RM200) manakala ke-11 hingga 100 (RM100).

Menurutnya lagi , 1,000 peserta dijangka mengambil bahagian selepas melihat sambutan yang cukup menggalakkan pada jelajah sebelum ini.

“Taman Tasik Ampang Hilir mempunyai keunikan tersendiri kerana banyak spesies ikan terbaik termasuk tongsan, rhu dan toman bersaiz 8 hingga 15 kilogram menanti kaki pancing,” jelasnya.

JPKL 2018 dimeriahkan dengan penampilan rakan strategik iaitu Oyoshi Green Tea, Igloo dan Blow.

Yuran RM35 dikenakan untuk sebatang joran dan sebanyak 1,000 penyertaan awal layak menerima 2 botol air sumbangan penaja.

Pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan Sabtu ini dari pukul 1 petang hingga 9 malam dan Ahad, kaunter dibuka mulai pukul 6.30 hingga 10 pagi.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman Facebook: JORANKL atau menghubungi urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 dan  012-2846811. - K! ONLINE