Lembaga Peperiksaan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menerima banyak permohonan daripada orang ramai agar pendaftaran SPM 2019 dibuka semula meskipun ia sudah ditutup pada 31 Mac lalu.

Jelasnya, pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://sppat.moe.gov.my.

“Urusan pengesahan pendaftaran dan pembayaran hendaklah dibuat melalui Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon ingin menduduki peperiksaan dalam tempoh tujuh hari selepas mengisi borang pendaftaran.

“Selain yuran peperiksaan, calon juga perlu membuat bayaran tambahan iaitu bayaran calon lewat daftar sebanyak RM30,” katanya. - K! ONLINE