Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, kerajaan juga akan meneruskan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu walaupun terpaksa berdepan de­ngan peningkatan kos.

Menurutnya, ketika ini kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM180 juta setahun bagi program air percuma berban­ding RM70 juta ketika awal pelaksa­naannya pada tahun 2008.

“Apa yang boleh saya katakan sekarang tiada kenaikan tarif air, namun kita akan lihat daripada pelbagai aspek serta bertindak mengikut kemampuan kerajaan negeri,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Lembu Korban peringkat negeri di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.