Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, kawasan seluas 5,486 meter persegi yang menempatkan besi dan plastik seperti rangka kereta, papan pemuka dan pelbagai komponen lain yang telah dileraikan hangus hampir 100 peratus.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kebakaran itu kira-kira pukul 9.52 pagi sebelum lapan pegawai dan 33 anggota bersama lima buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian

Beliau berkata, jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira 10.12 pagi.

"Ketika anggota sampai api sedang marak dan kita mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal kebakaran itu.

"Siasatan kita mendapati tapak tersebut tidak mempunyai sebarang bangunan dan hanya mempunyai pagar zink serta sebuah pondok pengawal di pintu masuk," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shamsul berkata, kebakaran tersebut juga tidak melibatkan mangsa kerana ketika kejadian tiada pekerja di tapak penyimpanan komponen kenderaan itu.

Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan. - K! ONLINE