“Saya telah mencadangkan kepada para pegawai kerajaan Malaysia sebelum ini bahawa anda perlu melakukan beberapa usaha jika berdepan isu membabitkan minyak sawit.
 “Anda perlu melabur dalam iklan dan menjelaskan kepada orang awam di Eropah (me­ngapa) minyak sawit adalah baik atau sebaliknya,” katanya kepada Bernama ketika ditemu bual di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Glavac berkata, prasangka dalam perniagaan adalah sesuatu yang sukar diubah, oleh itu, adalah penting untuk Malaysia melabur dalam iklan dan menjelaskan kepada orang ramai manfaat minyak sawit berbanding tampil berang atau menunjukkan bantahan terhadap Kesatuan Eropah (EU).

“Sesetengah rakan kongsi perniagaan atau persaingan boleh meletakkan beberapa berita salah atau palsu dan produk anda akan lenyap. Saya telah menyatakan kepada rakan-rakan dari Malaysia, tolonglah buat pelaburan dalam iklan,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.