Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, sebuah jawatankuasa pemandu bakal dibentuk bagi merangka pelan berkenaan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertindak sebagai sekretariat.

Beliau memberitahu, empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pemba­ngunan Luar Bandar dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terlibat secara langsung dalam jawatankuasa terbabit.

“Mesyuarat antara kementerian yang diadakan hari ini (semalam) adalah untuk mewujudkan koordinasi dan menunjukkan kemahuan politik serta kesungguhan kita untuk menyelesaikan masalah di peringkat akar umbi.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.