Menurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 1.34 petang dan sebuah jentera bersama tujuh anggota telah dikejarkan ke lokasi untuk tindakan memadamkannya.

“Pihak kami berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran di kawasan tersebut pada kira-kira pukul 3.29 petang tadi.

“Kebakaran itu mungkin berpunca daripada tindakan individu yang membuang putung rokok ataupun melakukan pembakaran terbuka di kawasan tersebut dan dalam keadaan ketika ini cuaca panas dan kering, perbuatan seperti itu boleh menyebabkan kebakaran," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Darren meminta orang ramai melaporkan segera kepada pihak bomba yang berdekatan jika terlihat kebakaran terbuka bagi mengelakkan api merebak ke kawasan lain. - Bernama