Insiden tersebut juga telah menyebabkan bahagian depan sebuah kereta pacuan empat roda Toyota Hilux ‘terjunam’ ke dalam rekahan tanah runtuh berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Bomba Kamil Hamadan berkata, sejurus daripada itu pemandu kenderaan tersebut keluar menyelamatkan diri dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan. 

“Sewaktu kejadian tiada individu lain di lokasi. Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.14 petang sebelum 10 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, anggota terbabit membuat pemeriksaan serta pemantauan di lokasi kejadian dan menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE