Pegawai Daerah Kulim, Mohamad Che Nai berkata, kadar cukai setiap satu tanah yang disita itu bernilai RM1,200 setahun dengan anggaran tunggakan berjumlah lebih RM10,000 sepanjang tempoh lebih 10 tahun itu.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak empat tanah yang dijadikan stesen jana kuasa elektrik di kawasan perumahan sudah disita.

 "Selain di Taman Seni Lunas ini, kita sudah mengambil tindakan menyita tanah di Padang Serai, Mukim Padang Cina dan Kulim," katanya kepada pemberita selepas Operasi Sitaan Tanah Kerajaan di Taman Seni, Lunas, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya sudah mengeluarkan beberapa notis termasuk Borang 2A serta sudah memanggil pemaju dan syarikat bekalan elektrik tersebut untuk berbincang namun tiada respons. - Bernama