Komander Pasukan Khas Unit Udara JBPM Subang, Penguasa Bomba Cik Hamdan Hamzah berkata, helikopter MI 17 dari pangkalan Udara Subang, Selangor itu digunakan untuk mempercepatkan operasi terakhir hari ini.

“Helikopter itu boleh memuatkan lebih 20 pelajar dalam satu penerbangan. Seramai 6 kru diketuai oleh juruterbang Mejar Hasto Zakaria dan pembantu juruterbang Penolong Kanan penguasa Bomba Faizal Latiff.

"Pada hari pertama dan kedua kita telah berjaya mengangkut seramai 193 pelajar melibatkan 29 penerbangan ke Pos Balar, Pos Bihai dan Pos Belatim. Sehingga petang semalam jumlah penggunaan minyak untuk mengangkut pelajar Orang adalah sebanyak 5009 liter," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Cik Hamdan berkata, berlaku kejadian mencemaskan petang semalam apabila berlaku hujan dan ribut di Kampung Orang Asli di Pos Belatim.

Katanya, kejadian itu berlaku pukul 4.45 petang sewaktu operasi mengambil lima orang pelajar oleh tiga kru di Kampung Sempadik.

"Bagaimanapun penerbangan terpaksa diteruskan walaupun keadaan  helikopter Agusta 109 E bergoyang sedikit akibat hujan lebat dan angin kencang.

"Helikopter yang dikendalikan oleh juruterbang Penguasa  Kanan Bomba 1 Roslan Aziz itu selamat mendarat di Pusat Sivik dan kita menamatkan operasi pada pukul 5.30 petang," katanya. K! ONLINE.