Pusat rekreasi yang popular dalam kalangan penduduk tempatan itu ditutup bermula 5 November lalu kerana disahkan tidak selamat kepada pengunjung.

Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Nor Akhirrudin Mahmud berkata, pihaknya mengenal pasti terdapat 53 kejadian tanah runtuh di sepanjang laluan kira-kira 3.6 kilometer menuju ke kawasan puncak.

"Jabatan Perhutanan Pulau Pinang mendapati keadaan itu tidak selamat, selain terdapat kira-kira 100 pokok dalam keadaan berbahaya seperti tergantung, menggelungsur dan akar terkeluar serta sebuah bongkah batu besar yang terjatuh di atas laluan.

"Keadaan ini mengambil masa sebelum boleh dibuka semula, namun dua lagi laluan denai akan dibuka kepada orang awam secara berperingkat tidak lama lagi," katanya ketika melakukan tinjauan di taman rekreasi itu hari ini. - K! ONLINE