Antaranya ialah Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands di Tanah Rata, Pahang yang kini semakin mendapat perhatian dan menjadi destinasi yang mesti dikunjungi jika ke sana.

Pengurusnya, Nordin Mad Ali berkata, taman kelolaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berkeluasan 12.3 hektar itu menerima kira-kira 400,000 pelawat setakat ini bagi tahun ini.

Bagi memastikan taman yang menawarkan produk agropelancongan itu terus mendapat tempat di hati pelawat, Nordin berkata, pihaknya berusaha mengadakan tarikan baharu dengan yang terkini menjadikan 'Rose Garden' atau Taman Ros sebagai taman bunga mawar yang mempunyai nilai perubatan.

"Kita akan menawarkan 'black rose' (ros hitam) sebagai antara produk agro baharu di taman ini tahun depan," katanya kepada Bernama di Cameron Highlands, baru-baru ini.

Beliau ditemui bersempena program 'Road to Agro-Tourism siri kedua ke Zon Tengah meliputi kawasan Kuala Kangsar, Perak dan Cameron Highlands di Pahang dari 12 hingga 14 Disember lepas. - Bernama