Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkhid­matan carian pekerjaan yang disediakan di bawah SIP lebih mesra rakyat kera­na mengetengahkan konsep pengurusan kes secara individu yang mana setiap pencari kerja dibantu oleh seorang pegawai perkhidmatan pekerjaan.

“Pegawai perkhidmatan pekerjaan ini akan membuat penilaian, sokongan pekerjaan, pelan perancangan pekerjaan, kaunseling kerjaya dan pemadanan pekerjaan bagi membantu orang berinsurans kembali bekerja secepat mungkin,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Faedah Penuh SIP dan Mini Job Hunt 2.0 di Wisma Perkeso semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.