Semasa ditembak mati pada pukul 3 pagi, Abu Paliyak, 31, yang digelar Komander [email protected] Yusuf dipercayai berada di laut untuk melakukan pemerhatian ke atas pergerakan pasukan keselamatan.

Dia biasanya akan menyalurkan maklumat kepada kumpulan penculik bagi melakukan jenayah rentas sempadan termasuk menculik.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, sebelum kejadian, pasukan pegawai dan anggota Esscom dan Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu yang menjalankan rondaan di perairan Laut Silam mengesan kehadiran sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan di perairan negara.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.