Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan Kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S. A. Vigneswaran dan Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif turut hadir pada istiadat tersebut.

Ini merupakan penggal kedua Taib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak. 

Pada 1 Mac 2014, Abdul Taib mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari 2014. - Bernama