Beliau berkata, golongan pelajar dan mahasiswa mempunyai hak untuk bersuara dan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan baharu jika mereka berasa sedemikian.

"Kita tidak sepatutnya halang sebarang kritikan," katanya menerusi Twitter.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penahanan dua orang mahasiswa yang didakwa telah ditangkap semalam kerana menyertai bantahan aman terhadap pelantikan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya malam tadi.

Kedua-dua mahasiswa berkenaan bagaimanapun dipercayai telah dibebaskan oleh pihak polis. - K! ONLINE