Beliau berkata, langkah itu antara usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

"Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah memeriksa di depoh-depoh bas seminggu sebelum Ops Bersepadu ini dilaksanakan.

"Syarikat atau pemandu yang mempunyai saman telah diberi notis untuk menjelaskan saman tertunggak sebelum dibenarkan beroperasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Rosli Isa, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shahruddin Khalid dan Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Tan Sri Lee Lam Thye. - Bernama