NEELOFA
NEELOFA

Menerusi kenyataan yang diedarkan kepada pihak media, NH Prima menerusi Pengarah Urusannya, Noor Nabila Mohd. Noor menyatakan pihaknya menerima semua teguran dan komen yang diterima akibat insiden tersebut.

“Kami memohon jutaan maaf terutamanya kepada penyokong kuat jenama kami dan semua individu yang telah terjejas di­sebabkan insiden tersebut.

“Majlis pelancaran yang sepatutnya menjadi acara istimewa untuk jenama kami telah menjadi isu perdebatan dan me­nimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

“Kami membuat keputusan mengadakan majlis pelancaran di situ kerana kemudahan pakej yang ditawarkan seperti pencahayaan lampu neon, sistem bunyi, paparan skrin LED dan teknikal,” jelasnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.