Di bawah sistem pengurusan yang berdaya saing, saranan Mahathir itu jika dilaksanakan bukan sahaja mampu menjadikan GLC lebih kompetitif malah dapat membantu meningkatkan pendapatan negara secara menyeluruh.

Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Mohd. Azlan Shah Zaidi memberitahu, dalam keadaan sebenar adalah lebih wajar dan praktikal jika pengurusan sesebuah GLC diterajui oleh kalangan profesional yang mahir dalam bidang masing-masing dan bukan lantikan politik.

“Saya rasa ini merupakan satu perkara yang baik kerana hasil kerja dibayar mengikut pencapaian dan ia bukan sahaja membantu membangunkan GLC tersebut tetapi akan mewujudkan persekitaran yang lebih berdaya saing.

“Impaknya bukan hanya pada GLC itu sendiri tetapi juga pada ekonomi negara,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.