Suspek berusia 47 tahun tersebut diberkas di hadapan sebuah kedai di Jalan Tengah, Bayan Lepas pada pukul 3 petang selepas diĀ­lihat dalam keadaan mencurigakan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, berdasarkan maklumat suspek, polis kemudian telah menyerbu sebuah gudang lalu menemui syabu berkenaan yang dibungkus di dalam bungkusan teh Cina.

Difahamkan, dadah itu diĀ­seludup dari Myanmar sebelum dibawa masuk melalui Thailand menggunakan jalan darat atau laut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.