Raja Mswati III yang merupakan salah seorang pemerintah monarki mutlak mengisytiharkan pertukaran nama negara itu semasa satu sambutan meraikan 50 tahun kemerdekaan daripada pemerintahan kolonial British kelmarin.

eSwatini dalam bahasa tempatan Swazi bermaksud ‘tempat Swazi’ yang merujuk kepada negara yang terletak di antara Afrika Selatan dan Mozambique.

“Kita dapat lihat gaya autokratik Raja Mswati,” kata Ketua Kongres Pembebasan Kebangsaan, Alvit Dlamini yang merupakan pengkritik raja yang menaiki takhta pada usia 18 tahun tersebut.

“Beliau tidak boleh menukar nama negara ini sendiri, beliau sepatutnya merujuk kepada kerajaan,” tambahnya.

Menurut Program Makanan Sedunia, Swaziland mempunyai penduduk seramai 1.3 juta orang dan 63 peratus daripadanya hidup di bawah garis kemiskinan kebanngsaan. - AFP