Insiden itu disedari oleh jemaah yang ingin menunaikan solat Subuh kira-kira pukul 6 pagi tadi sebelum laporan polis dibuat. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, susulan laporan tersebut, seorang suspek berusia 38 tahun ditahan di sekitar masjid berkenaan pada pukul 8.30 pagi. 

"Kita turut merampas satu tin cat berwarna ungu di tempat dia ditahan. Siasatan lanjut masih diteruskan, namun kita tidak menolak kemungkinan suspek itu mempunyai masalah mental.

"Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd. Sofi Abdul Wahab turut meluahkan rasa kesal dalam laman sosial Facebook mengenai insiden tersebut yang membabitkan masjid berusia 600 tahun itu. - K! ONLINE