Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan suspek berusia 60 tahun dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM50, 000 bersama dua penjamin rakyat tempatan.

Kontraktor itu juga diarahkan mahkamah untuk melaporkan diri ke pejabat SPRM di sini pada setiap bulan.

Suspek diberkas pada 27 Januari lalu ditahan reman sejak Ahad lalu bagi membantu siasatan rasuah melibatkan projek penyelenggaraan JKNS antara tahun 2012 hingga 2017.

Dalam tangkapan itu, SPRM turut menyita sejumlah wang tunai sebanyak RM1.6 juta di kediaman suspek.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai SPRM, Mohd. Faliq Basiruddin manakala suspek diwakili peguam Batholomew Jinggulam.

Prosiding dilakukan di Lokap Berpusat Kontinjen Sabah di sini.

Sehingga kini SPRM telah memberkas seramai tujuh suspek dengan lima daripadanya telah bebas dan dua masih direman.

Tangkapan melibatkan ketua jurutera merangkap Pemangku Timbalan Pengarah JKNS; empat jurutera JKNS; seorang pengarah syarikat dan seorang kontraktor.

Kesemua suspek berusia antara 38 hingga 60 tahun. - K! ONLINE