Perintah reman sehingga Khamis depan itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri.

Terdahulu suspek berusia 25 tahun yang memakai baju lokap berwarna ungu itu tiba di Mahkamah Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu pada pukul 9.45 pagi dengan menaiki trak polis.

Pemuda itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun dengan senjata.

Suspek yang dipercayai seorang penagih dadah itu diberkas di sebuah bilik hotel di Jalan Paya Keladi di sini dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas melakukan perbuatan jenayah itu.

Kosmo! Online hari ini melaporkan seorang pembantu kedai menjadi mangsa kerakusan seorang penjenayah yang merogolnya dalam kejadian samun di sebuah butik pakaian wanita di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 9.50 malam itu, mangsa berusia 23 tahun yang berada bersendirian di premis berkenaan telah didatangi suspek yang menyamar sebagai pelanggan. - K! ONLINE