Lelaki warga Nigeria berusia 36 tahun itu ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor bagi membantu siasatan kes bunuh ke atas Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, yang mayatnya ditemui di sebuah kondominium yang disewanya di Cyberjaya.

Menurut sumber, siasatan terperinci dari pelbagai sudut sedang dilakukan bagi menge­tahui punca ibu tiga anak itu dikelar pada dada, leher dan kepala sehingga mati.

“Kita tidak menolak kemungkinan mangsa dan suspek bergaduh sebelum kejadian.

“Mungkin ada perkara tercetus sehingga menyebabkan suspek bertindak kejam mengelar tubuh dan kepala si mati,” katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.