Kes tersebut telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan suspek utama akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Selayang pada esok manakala dua lagi menjadi saksi pendakwaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, sebelum ini, polis telah menahan tiga lelaki berusia antara 21 hingga 25 tahun termasuk seorang warga Indonesia yang terlibat dalam kes pembunuhan itu di sekitar daerah ini pada 12 Mei lalu.

“Hasil semakan mendapati suspek utama kes itu mempunyai satu rekod kesalahan lampau jenayah.

“Pihak polis turut merampas sebuah topi keledar yang digunakan untuk memukul mangsa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini hari ini.

Samsor menambah, mangsa yang bisu dan  juga warganegara tempatan itu dipercayai telah dipukul di lokasi kejadian.

”Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah pukulan di kepala.

“Pembunuhan itu didapati bermotifkan tidak puas hati kerana mangsa sering menganggu suspek sebelum ini,” ujarnya. - K! ONLINE